Notis Undang-Undang

© 1986-2024 National Restaurant Association Educational Foundation. Hak cipta terpelihara. 

National Restaurant Association Solutions, LLC (“Solutions”) telah menerima lesen untuk melaksanakan kursus latihan ServSafe® (“Kursus”), dimiliki oleh National Restaurant Association Educational Foundation (“NRAEF,” dan bersama dengan Solutions, “Entiti Persatuan”). Dengan mengakses atau menggunakan Kursus, anda bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan berikut. Anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Kursus jika anda tidak bersetuju dengan dan mematuhi terma dan syarat ini. 

Maklumat yang dikemukakan dalam Kursus diberikan untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat undang-undang, perniagaan atau pengurusan risiko kepada mana-mana pihak, serta tidak mewakili nasihat yang berhubungan dengan amalan khusus mana-mana pihak dengan apa jua cara. Pihak yang membangunkan dasar dan prosedur berdasarkan bahan dalam kursus disyorkan agar memperoleh nasihat dan bimbingan penasihat undang-undang berhubungan dengan amalan dan undang-undang tempatan mereka. Walaupun Entiti Persatuan berusaha untuk menyertakan maklumat terkini dan tepat yang dikumpulkan daripada sumber yang dipercayai andal, Entiti Persatuan dan pekerja, sekutu, pengarah, pengarang, penyumbang, pengedar dan agennya tidak membuat perwakilan atau jaminan berhubung dengan ketepatan, kekinian atau kelengkapan maklumat dalam atau yang tersedia menerusi Kursus. MAKLUMAT DALAM ATAU YANG TERSEDIA MENERUSI KURSUS DISEDIAKAN “SEPERTI SEDIA ADA” TANPA APA-APA JENIS JAMINAN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN NYATA KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU KETAKLANGGARAN.  

Dengan mempertimbangkan penggunaan Kursus anda, anda dengan ini bersetuju untuk mengetepikan sehingga takat tertinggi yang dibenarkan oleh undang-undang apa-apa dan semua tuntunan yang mungkin anda ada sekarang atau pada masa depan terhadap Entiti Persatuan dan pekerja, sekutu, pengarah, pengarang, penyumbang, pengedar dan agennya. Entiti Persatuan atau pekerja, sekutu, pengarah, pengarang, penyumbang, pengedar dan agennya masing-masing tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian langsung, tidak langsung, khas, teladan, atau berturutan (termasuk tetapi tidak terhad kepada perolehan atau penggantian barangan atau perkhidmatan, kehilangan penggunaan, kerugian untung atau gangguan urus niaga) yang diakibatkan dengan apa-apa cara sekalipun dan berdasarkan apa-apa teori liabiliti, sama ada dalam kontrak, liabiliti ketat atau tort (termasuk kecuaian atau sebaliknya) yang timbul dengan apa-apa cara sekalipun daripada penggunaan Kursus atau maklumat yang terkandung di dalamnya, walaupun apabila dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian sedemikian. Penafian liabiliti ini terpakai untuk mana-mana kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat mana-mana ketidaktepatan atau peninggalan atau apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil berdasarkan kandungan Kursus.  

Kursus mengandungi bahan dan maklumat bermilik, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, foto, video, audio, grafik, nama, tanda dagangan dan tanda khidmat. Kecuali dinyatakan sebaliknya, NRAEF memiliki semua hak, termasuk hak cipta, tajuk dan kepentingan dalam dan terhadap kandungan, dan pemilihan dan penyusunan maklumat berdasarkan fakta dalam, Kursus, yang tidak boleh disalin, diimbas, dihasilkan semula, disimpan dalam sistem penemuan kembali, dihantar, diterbitkan (dalam mana-mana bentuk atau apa-apa cara) atau sebaliknya digunakan untuk apa-apa sebab lain selain daripada penggunaan peribadi tanpa kebenaran bertulis NRAEF terdahulu, kecuali seperti yang dibenarkan di bawah Seksyen 107 dan 108 Akta Hak Cipta Amerika Syarikat 1976.  

Permintaan untuk menggunakan atau menghasilkan semula bahan daripada Kursus hendaklah dihalakan ke: 

Copyright Permissions 
National Restaurant Association Solutions, LLC 
233 S. Wacker Drive, Suite 3600 
Chicago, IL 60606-6383 
E-mel: permissions@restaurant.org

Nama dan logo ServSafe®, NRAEF, National Restaurant Association dan Solutions ialah tanda dagangan berdaftar yang telah dilesenkan kepada Solutions untuk penggunaan dan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran bertulis eksplisit pemilik setiap tanda. 

Dengan mempertimbangkan penggunaan Kursus anda, anda dengan ini bersetuju dengan terma dan syarat ini serta Dasar Privasi kami di https://www.servsafe.com/Privacy-Policy, Terma Penggunaan kami di https://www.servsafe.com/Terms-of-Use dan Terma Jualan kami di https://www.servsafe.com/Terms-of-Sale, yang dimasukkan di dalam ini melalui rujukan. Anda juga bersetuju bahawa terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Negeri Illinois, Amerika Syarikat, tanpa mengambil kira apa-apa percanggahan peruntukan undang-undang, dan apa-apa sebab tindakan yang mungkin anda ada berhubungan Kursus mesti dikemukakan di Negeri Illinois. Atas budi bicara kami sendiri, kami boleh menghendaki anda menyerahkan apa-apa pertikaian yang timbul daripada terma dan syarat ini kepada penimbangtaraan mutlak dan mengikat di bawah Peraturan Penimbangtaraan Persatuan Penimbangtaraan Amerika dengan menggunakan undang-undang Negeri Illinois. Apa-apa tindakan yang anda kemukakan terhadap Entiti Persatuan mesti dimulakan dalam tempoh satu tahun selepas sebab tindakan timbul atau akan dianggap diketepikan dan dihalang selama-lamanya. 

Anda akan melindungi dan mempertahankan Entiti Persatuan dan sekutu serta agennya daripada apa-apa kerosakan, kerugian, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran peguam, kos mahkamah, kos penyelesaian dan jumlah yang dianugerahkan) yang ditanggung berhubungan dengan apa-apa tuntutan setakat tuntutan sedemikian timbul daripada mana-mana penggunaan tanpa kebenaran atau salah guna atau akses anda kepada Kursus atau bagi pihak anda.